ONCE A SDARIAN, ALWAYS A SDARIAN.
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi

SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK

Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri Sembilan
Sekolah Dato’ Abdul Razak, asal ditubuhkan atas nama

Sekolah Menengah Melayu di Johor Bharu pada 11 Mac 1956.

Cadangan yang termaktub di dalam Penyata Razak 1956 ini telah membuka peluang pelajar Melayu untuk melanjutkan peljaran ke peringkat menengah bersama 80 orang pelajar dan 3 orang guru ditumpangkan di Sekolah Bukit Zaharah , Johor Bahru.

Johor Bahru, Johor

Sekolah Dato’ Abdul Razak, asal ditubuhkan atas nama Sekolah Menengah Melayu di Johor Bharu pada 11 Mac 1956.

Tanjung Malim, Perak

Pada Mei 1957, seramai 199 orang pelajar hasil gabungan sekolah Melayu dan Inggeris serta kolej tersohor di Semenanjung, SDAR telah berpindah dan ditempatkan di bangunan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim (S.I.T.C).

Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan

Pada 2 Januari 1972, SDAR telah berpindah ke Jalan Sikamat, Seremban dan ditadbir oleh pengetuanya, Tuan Syed Jaafar. Bangunan sekolah baru ini telah dirasmikan pembukaannya pada 3 November 1973 oleh Yang Berbahagia Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah.

Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan

Selaras dengan pengiktirafan sebagai sekolah elit berpretij tinggi, serta atas kejayaan SDAR melahirkan ramai pemimpin dan cendiakawan ulung maka sebuah kawasan seluas 42 ekar telah dianugerahkan pada SDAR di Sungai Gadut. Seremban pada tahun 2002.

Di bahagian hadapan sebagai pembela,  Ilmu di dada menabur jasa

Setelah lebih separuh abad, Sekolah Dato' Abdul Razak masih megah berdiri dan sejak penubuhannya pada tahun 1956, SDAR telah melahirkan barisan pemimpin holistik.

Tahun Penubuhan

Tahun

Pelajar

Tenaga Pengajar

Inside SDAR’s Apple Learning Experience

Learning at SDAR is reimagined through Apple technology. With iPads in hand, our students explore ideas, solve real-world problems, and express themselves in powerful new ways — all while staying rooted in our mission: To Learn and To Serve.

Sekolah Dato' Abdul Razak Alumni (SDARA)

Sekolah Dato' Abdul Razak Alumni (SDARA) merupakan sebuah badan persatuan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan sebagai medium bagi bekas pelajar SDAR untuk terus berbakti selaras dengan moto "Berilmu Untuk Berjasa".

Visi

SDAR terbilang sebagai institusi pendidikan yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa.

Misi

Memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar cemerlang melalui pengurusandan kepimpinan berkualiti. Melahirkan pemimpin dan warganegara berakhlak dan terbilang.

Moto

Berilmu Untuk Berjasa

Profil Pelajar SDAR

Ia mengejar kecemerlangan tanpa lupa daratan,
Berperwatakan hebat, bersopan,
Setinggi mana kejayaan ditempa,
Balik mencium tangan ibu bapa,
Di bahagian hadapan sebagai pembela,
Ilmu di dada menabur jasa,
Semakin memuncak cita-cita,
Semakin tunduk pada yang Esa.

Berilmu Untuk Berjasa I

Ilmu untuk berjasa,
Tujuan SDAR utama,
Sama menuntut ilmu,
Hingga kita jaya maju.

Berilmu untuk berjasa,
Kepada nusa dan bangsa,
Tatatertib patuhi nyata,
Tutur bahasa sama serta.

Panduan hidup untuk diri,
SDAR kekal abadi,
Ilmu untuk berjasa,
Kita tetap akan berjaya.

Berilmu Untuk Berjasa

Once A SDARian, Always A SDARian.

Sejarah SDAR

Sekolah Dato’ Abdul Razak, asal ditubuhkan atas nama Sekolah Menengah Melayu di Johor Bharu pada 11 Mac 1956. Cadangan yang termaktub di dalam Penyata Razak 1956 ini telah membuka peluang pelajar Melayu untuk melanjutkan peljaran ke peringkat menengah bersama 80 orang pelajar dan 3 orang guru ditumpangkan di Sekolah Bukit Zaharah , Johor Bahru.

Hubungi Kami

Sekolah Dato’ Abdul Razak
Sungai Gadut,
71450 Seremban
Negeri Sembilan.

No. Tel:
06-6770806

Emel:
sdarneb4137@yahoo.com.my
© 2025 Sekolah Dato' Abdul Razak | Designed by Alumni Sekolah Dato' Abdul Razak
BERILMU
UNTUK
BERJASA