SEJARAH KAMI

HEADER_SEJARAH

PERTUBUHAN

SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK atau SDAR ditubuhkan di Johor Bahru pada 1 Mei 1956, pada asalnya dengan nama Sekolah Menengah Melayu (Malay Secondary School). Prinsip pertubuhan sekolah ini adalah dengan usul yang termasuk didalam Penyata Razak 1956 (Razak Report). Antara objektif-objektif yang dinyatakan ialah untuk memberikan peluang kepada pemuda-pemuda Melayu untuk melanjutkan pelajaran selepas sekolah rendah pada masa tersebut.

Pelajar SDAR 1967
Pelajar SDAR 1967

Apabila Sekolah Menengah Melayu ditubuhkan, tiada tanah yang disediakan untuk dijadikan tapak sekolah ini, kumpulan pelajar pertama yang berjumlah 80 orang dan tiga orang guru ditempatkan secara sementara di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru. Pada awal tahun 1957, sekolah ini ditempatkan di Ipoh,Perak. Separuh daripada pelajar-pelajar daripada kumpulan yang pertama (40 orang) di tempatkan ditempat baharu tersebut untuk meneruskan pelajaran di tempat baru tersebut, dimana dikenali sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

SITC 1957
MAKTAB GURU SULTAN IDRIS (Sultan Idris Tecahers College)

Pada Mei 1957, sekolah ini ditempatkan semula ke Tanjung Malim, Perak. Ia berkongsi kampus dengan Maktab Guru Sultan Idris (Sultan Idris Teachers College SITC), dimana sekarang lebih dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pelajar-pelajar lain daripada kumpulan pertama yang masih di Johor dipindahkan ke lokasi ini untuk nersatu kembali dengan kumpulan asal. Pada masa ini, lebih pelajar berdaftar dan jumlah pelajar mencecah 119 orang. En R.A. Goodchild, pengerusi SITC ditugaskan untuk menjadi Pengetua sementara bagi sekolah baru ini. Dua bulan kemudian, En R.A. Goodchild digantikan oleh En C.F. Daniels. Ketika ini, tenaga pengajar telah berkembang kepada 11 orang guru, termasuk dua orang guru sementara.

Kelas 1966
Pelajar SDAR 1966

pengawas
Pengawas SDAR

PERTUKARAN NAMA

Pada 29 November 1958, nama sekolah ini ditukar. Menteri Pelajaran pada masa itu, En. Mohd Khir Johari mengumumkan nama baru untuk sekolah ini, iaitu Sekolah Dato'Abdul Razak. Allahyarham Tun Abdul Razak, Naib Perdana Menteri ketika itu, memberkati peristiwa itu. Pada masa itu juga moto baru sekolah ini ditetapkan, iaitu "Berilmu Untuk Berjasa".

kelab kayak
Kelab KAYAK

kelab kayak 2

PERTUKARAN LOKASI TETAP

Bangunan sekolah di Tanjung Malim disahkan sudah dapat menampung jumlah pelajar yang berdaftar yang semakin bertambah setiap tahun. Pada tahun 1971, kerajaan negeri Negeri Sembilan menyediakan satu tapak seluas 16.36 ekar (66,200 meter persegi) di Jalan Sikamat, Seremban, untuk dijadikan sebagai tempat baru untuk membina kompleks sekolah baru yang lebih besar. Pada 2 Januari 1972, Sekolah Dato' Abdul Razak secara rasminya ditempatkan ke tapak baru di Seremban walaupun dewan makan masih lagi didalam proses binaan dan sebahagian pelajar terpaksa menumpang secara sementara di Bangunan Maktab Harian (Kolej Latihan Guru-sekarang lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan Raja Melewar). Pengetua, Tuan Syed Jaafar Al-Idrus kekal menjadi pengetua sehingga awal 1970-an.

pengakap 71
Pengakap 1971

pengakap 84
Pengakap 1984

Pada 17 Jun 1973, Dato' Hussien Onn, Menteri Pelajaran pada masa itu melawat sekolah ini. Dia menjangkakan Sekolah Premier seperti SDAR, mempunyai kompleks yang terlalu kecil dan meminta kerajaan negeri untuk menyediakan lebih tanah untuk dijadikan sebagai tapak lebih untuk kompleks sekolah ini, namun kerajaan negeri tidak mampu untuk menunaikan permintaan Dato' Hussien Onn kerana tanah di tapak ini (Jalan Sikamat) ialah terhad, dan mustahil untuk melebihkan tapak kompleks. Usul baru muncul dimana sekolah ini dipindahkan ke tapak baru di Selaru, Kuala Pilah. Tanah seluas 50 ekar (200,000 meter persegi) disediakan, namun usul itu ditolak kerana ia tidak selari dengan sasaran kerajaan dimana untuk mendedahkan pelajar-pelajar yang majoriti daripada kampung kepada kawasan perbandaran. Jika mereka berpindah ke Selaru, mereka akan mengalami kekurang fasilti dan jauh daripada urbanisasi, jadi sekolah ini kekal di jalan Sikamat, Seremban.

pengakap7071
Pengawas 70-71

rugby 1975
Skuad Ragbi 1975

Selari dengan status Sekolah Dato' Abdul Razak sebagai salah sebuah Sekolah Premier di Malaysia, Menteri Pelajaran meneruskan usaha untuk menambah baik infrastruktur sekolah ini dan memberikan usul untuk menyediakna tapak yang lebih besar daripada Kampus Sikamat. Pada tahun 2002, sekolah ini ditempatkan di lokasi baru, iaitu Sungai Gadut, Seremban. Kampus baru ini mempunyai keluasan 40 ekar (160,000 meter persegi) dan mempunyai bangunan-bangunan utama yang dipisahkan dan mempunyai fungsi masing-masing, seperti bangunan pentadbiran, bangunan kelas, 4 bangunan asrama, sebuah masjid, dewan makan, dan rumah guru, mempunyai dua padang bola, sasar memanah, gelanggang futsal, gelanggang tenis, padang kriket, gelanggang bola tampar. Kampus ini juga masih lagi dalam proses penambahbaikan sehingga ke hari ini.