RAZAK'S ALFRESCO
RAZAK'S ALFRESCO, atau nama lain bagi Hari Terbuka Asrama Sekolah Dato' Abdul Razak, diadakan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti disediakan untuk pelajar, ibu bapa dan keluarga, serta rakan-rakan dan sekolah luar. Turut serta ialah alumni pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak bagi mengukuhkan hubungan antara alumni dengan para guru yang ada.